Friday, June 10, 2011

Trip Mulu & Pinnacles ~day 1-2


Gunung Mulu & Pinnacles
12/5/2011-21/5/2011
Ahli Majlis :
Abg Mail
Bad
Zul
Gayut
Zul Panda
Tasnim
Aku

 Misi kali ini adalah untuk menjelajah Taman Negara Mulu, Sarawak di mana terletaknya Gunung Mulu dengan ketinggian 2,173m dari aras laut. Ini adalah gunung ke5 tertinggi di Malaysia dan gunung ke 3 di antara gunung-gunung yg digelar Big 5 yg akan aku jelajahi selepas G. Kinabalu dan Trusmadi di Sabah. Selepas ni ada 2 lagi gunung yg akan didaki utk melengkapkan penjelajahan "The Big 5" iaitu G. Murud dan G. Tambuyukon. Sepatutnya G. Tambuyukon ni aku daki dalam trip Trusmadi tahun lepas, tapi atas peristiwa yang tak disangka, aku & Bad dengan sukarela merestui 5 lagi kawan kawan yang lain meneruskan pendakian. Kita merancang, tuhan menentukan. Berikut adalah serba sedikit catatan perjalanan aku & 5 lagi kawan kawan sepanjang 10 hari kami di Bumi Kenyalang.

Khamis – 12/5/2011
Tepat 7 malam aku dah sampai KLIA. Tasnim sampai 10 minit awal sebelum aku. Penerbangan kami berempat (Abang Mail, Zul Panda. Tasnim dan Aku) dengan flight MAS ke Miri pada pukul 8.40 malam. Diikuti dengan Bad dan Zul Gayut dengan penerbangan Airasia (everyone can fly) beberaa jam kemudian. Sebenarnya lagi senang kalau terbang sekali ber-6, disebabkan harga tiket ada naik turun, kenalah amik tiket yang mana lebih murah kan. Jimat kos selagi boleh. Aku memang plan untuk bermalam kat Airport Miri sementara menunggu flight ke Mulu jam 9.30 pagi esoknya. Rupa-rupanya Airport Miri ni tutup lepas last flight landing. Semua pintu akan dikunci. Aku & Bad decide nak cari backpackers..yang lain nekad nak tido kat kaki lima airport. Aku gerenti kalau aku ikut diorang konfem aku tak bole tido dan tak dapat rehat secukupnya..trip panjang lagi ni ..kesihatan kena jaga. Yang ni, keputusan ditangan masing masing. Kalau telinga agak kebal bolehlah join de club tidur kat airport.
Nasib agak baik sebab ada bilik backpackers lebih kurang 400 meter dari airport. Atas ofis Maswing je. Sebilik RM50 dan share dengan Bad, RM25 lah sorang. Tidur lena tanpa gangguan nyamuk, siap ada aircond lagi tuh.. Pukul 1 pagi, Tasnim lak menyusul, terpaksa amik 1 bilik untuk diri sendiri sebabnya telur dalam beg dia pecah, terpaksalah amik bilik untuk bersihkan beg.

Jumaat – 13/5/2011
Pagi Jumaat kitorang bertiga bersiap untuk check in flight Maswing, jumpa Abg Mail, Zul Panda & Zul Gayut dengan muka sememeh je..2-2 zul tak boleh tido katanya.. reason? Banyak nyamuk lah, panas lah dan yang paling best, kapal terbang siap panaskan enjin malam tu.. haa amik ko!! 
Sementara tunggu fligt ke Mulu, kitorang sarapan di Marrybrown dalam airport. Mahal gak la harga..nak buat camne..tu je yang ada. Cuaca pagi ni hujan dan flight kitorg delay sejam. Pukul 1030 baru kitorang dapat merasa terbang dengan Maswings dan perjalanan mengambil masa setengah jam. Sepanjang penerbangan aku kitorang dapat menikmati keindahan dan kehijauan bumi Sarawak dengan hutan tebal yang dihiasi dengan sungai yang berlingkar-lingkar.

Orang2 tak cukup tidor

Selamat landing di Mulu Airport

Sampai je airport van dah siap menunggu untuk bawak grup kitorang ke Gunung Mulu National Park. Tambang RM10 pergi balik. Tak jauh pun, 1.5km je tapi takde keje lak nak jalan kaki. Naik van je senang. Sampai HQ kitorang selesaikan semua bayaran dan masuk hostel Tongkat Ali sementara nak tunggu trip show caves pukul 2.30 petang ni.

Pukul 1.30 kitorg dah gerak gi café untuk lunch..makanan kat sini tersangat la mahal nya sebab factor geografi. Difahamkan semua bekalan bahan mentah dibawa dari Miri menggunakan flight. Ada 3 cara pengangkutan dari Miri, naik flight- setengah jam, naik kereta/powil – 1 hari, naik bot – 1 hari. Terfikir jugak aku macam mana la kehidupan masyarakat kat sini dengan kemudahan asas yang amat terhad..barang makan pun mahal.gula sekilo RM6, roti sebuku RM5. siapa yang akan membela nasib diorang? 
Isi perut sebelum masuk gua
2.30 petang cave exploration..petang ni kitorg akan masuk Gua Lang dan Gua Rusa. Sepanjang perjalanan ke gua-gua ni dah disediakan pelantar utk kemudahan pelancong. Memang cantik gua2 kat sini..dan menurut guide, masih banyak lagi gua-gua yg masih belum dibuka utk pelawat..ye la..di Mulu ni la terletak nya rangkaian gua terbesar di dunia (kalau tak salah la). Lebih kurang pukul 5.30 ptg lak kitorg dah lepak kat pelantar menghadap ke Gua Rusa. Dari Gua Rusa ni la berjuta-juta kelawar akan keluar setiap petang dan membentuk formasi yang sangat menarik..kagum gak aku tengok kelawar ni..
Gua Rusa
6 jahanam dalam Gua Rusa

Lebih setengah jam la jugak kitorg layan kelawar ni. Dalam kul 6 lebih, terus balik ke HQ untuk rehat dan prepare barang2 untuk trip besok ke Kem 5. Nantikan next entry perjalanan manakluk Pinnacle.

Note~ Guide gua exploration ~ Cikgu
        ~ Receptionist paling sporting kat HQ ~ Jessica








No comments:

Post a Comment