Thursday, April 21, 2011

Expedisi Gunung Yong Belar


Gunung Yong Belar
12/2/2011 – 13/2/2011

Line up : Aku, Bad, Zali, Tasnim, Zul Panjang

Setelah 2 kali tertangguh, akhirnya projek Xplorasi  Yong Belar menjadi kenyataan walaupun dgn hanya 5 ahli. Dengan berbekalkan training panjat Bukit Broga 2 kali masa raya cina aritu aku dgn rasa was-was menyahut cabaran xpdc ini. Apalah sgt nak diharapkan pada training naik Broga kalau nak dibandingkan dgn pendakian Yong Belar, gunung yang menghuni ranking ke3 dalam senarai gunung di semenanjung dgn ketinggian 2181m dari aras laut.

12 Feb 2011

Lebih kurang pukul 12 mlm kitorg gerak dari Jln Semarak (umah bad) dan singgah sekejap di kedai runcit Aceh kat chow kit beli ration sikit2. Ration kali ni sgt la simple,2 tin sadin, 2 bungkus roti..dgn jajan skit2..sesuai lah dgn trip mengejut ni , ptg 11hb baru semua konfem nak pegi.

Sampai RnR Tapah lebih kurang kul 3 pagi..rilek jap hilangkan ngantuk..kat sini bad beli nasi putih dgn telor mata sorang 1..buat mkn tgh ari nanti dia ckp..bernas gak idea ko bad..jadi time lunch esok tak yah masak nasik..jimat masa.

Kul 0445 kitorg sampai Balai Polis Kg Raja..hantar senarai nama dan org utk dihubungi masa kecemasan..mana la tau takut  ada perkara luar jangkaan terjadi. Dari balai terus ke masjid lama Kg raja..harap2 dpt la lelap seminit 2..

Sementara tunggu powil Kumar, kitorg tapau roti canai utk breakfast nanti..powil janji pukul 730, sampai pukul 9 pun blom nampak lagi..pukul 925 baru la start naik powil nak gi Blue Valley Dam…kitorg naik powil skali dgn grup 1 lagi seramai 8 org..jadi semua ada 13 org naik powil..dah mcm bangla nak gi keje kat kebun sayur dah..

 Mana la macha ni..janji kul 730     

Baru selesai punggah beg dalam powil
                           
Powil ambik masa lebih kurang setengah jam utk sampai ke Dam Blue Valley. Sampai Dam stretching badan sikit2 sebab tangga dah menanti depan mata..bukan alang2 tinggi tangga ni..aku rasa dlm 75 darjah tinggi dia. Kalau ikut kata org ada 268 anak tangga semua nye..tapi aku tak sempat lak nak kira. Sebelum start trekking ada lagi 1 group cina dalam 9 org sampai ke dam..sempat la borak jap dgn guide diorg ni..cina gak..”kami jln aaa…satu minit saja rehat..rehat lama2 tak bole..maksimum satu minit saja”kata guide ni…fuuhhh…team power ni bisik bad. Takpe..kite tengok la nanti…

Selepas di bacakan doa oleh ustaz Bad, tepat pukul 1015 kami berlima pun memulakan langkah pertama dengan menaiki tangga bersebelahan dgn air terjun. Tangga demi tangga aku teruskan jua..masa demi masa sampai akhirnya..terngiang-ngiang lak lagu Iklim ni time aku memanjat tangga2 yang mengalahkan tangga Bt Caves ni..Lebih kurang 10 minit masa yg kitorg amik utk panjat tangga2 ni..tak jauh dr tangga ni, tersedia pulak paip2 air warna hitam yg berselirat yg membekalkan air kpd kebun2 sayur di Cameron Highlands ni..

Langkah berhati-hati diambil waktu melalui paip2 air ni sebab kalau termasuk dlm selut di bwh paip ni boleh terbenam kaki sampai lutut..silap2 kasut pun bole lenyap dlm selut tu..kami sampai ke batu sempadan Pahang-Kelantan pukul 1040..simpang kiri diambil kalau terus pergi ke Kelantan. Di batu sempadan ni kami terserempak dgn sekumpulan Bangla yg tgh buat kerja2 sambungan paip2 air ke kebun sayur di bawah…
Bangla : Mana pergi abg?
Zul       : Balik rumah la
Bangla  : Atas sana ka rumah?
Zul       : Ya la
Bangla  : Brapa jam sampai?
Zul       : 8 jam
Bangla  : Haaiiyooo

Lantak la ko Bangla..1106 kitorg sampai di kawasan tanah runtuh dan tak jauh dari sini ada simpang ke kanan sebelum sampai ke sungai..


Tanah runtuh

cross sungai..

Lepas cross sungai, kitorg sampai ke kabin lebih kurang pukul 1120..trek kat sini landai lagi..power byk lagi kat sini..take 5 & take photo kejap..kawasan kabin ni mcm bukit botak..pokok2 renek je..sebelum sampai ke pintu rimba..kitorg mendaki di kawasan berbatu..boleh tahan gak licin batu ni..nasib baik kasut getah cap sofian aku ni grip baeekk punya..di pintu rimba 1st view dpt di tengok dan dari sini nampak mcm ok cuaca ari ni..harap2 panas sampai ke ptg la..



View dari pintu rimba

Belakang tu la pintu rimba

patut la dipanggil pintu rimba..lepas je masuk kawasan tu..landskap berubah dari pokok2 renek kpd pokok2 hutan yang meredupkan tanah di bawahnya..

Lepas take 5 kat pintu rimba, pukul 1140 kitorg start trekking dan target trekking 1 jam baru bole stop..pasal nak kejar masa utk sampai puncak sebelum gelap.

Dah lebih sejam pun diorg ni tak brenti jugak..power aku dah makin kurang..lampu otromen pun dah nyala ni..trek pun asik naik turun je..kaki dah mula lemah nak melangkah dah..dalam kepala asik teringat roti canai je ni..
Aku      : wei! Biler nak stop daaa?
Zul       : tudung periuk tak jauh lagi dah
Aku      : tudung periuk nanti makan tgh ari..skang ni nak breakfast dulu la!

Akhirnya..pukul 1250 kitorg stop kat satu puncak view dan dgn cargas minta Bad roti canai yg ditapau pagi tadi..brenti rehat dlm setengah jam dan teruskan trekking..tepat pukul 2 kitorg sampai Kem Tudung Periuk dan carik port kat tepi sungai utk masak tgh ari. Menu,nasi putih..sardin..telor mata, teh o panas.

 

Kem Tudung Periuk
  
zali dalam cubaan utk menipu (masak konon)
        
Makan sudah..rehat pun sudah..pukul 3 terus angkat beg dan angkat kaki. Langit pun mcm dah kelam je..ape bole buat..teruskan je la. Lepas setengah jam trekking, hujan pun mula turun..hujan yg turun bukan alang2..lebat ya rabbi..sejuknya toksah cakap la…kurang sikit dari dok dalam aisbox tu.

Trekking dlm hujan membuatkan kitorg lebih laju…bukan terlebih power..tapi tak tahan sejuk. Selut ke..lecak ke masa ni tak kisah dah..redah je..ntah brape kali kasut aku terbenam dlm lumpur. Bad, Tasnim dgn Zali dah hilang dari pandangan, tinggal la aku dgn Zul je kat blakang. Sesekali terpaksa merangkak bawah dahan atau akar pokok yang kadangkala membentuk macam pintu gerbang. Dlm kepala aku dah malas nak naik puncak dah ari ni.. overnight kat Kem Kasut je..esok pagi baru naik puncak.

Trek masih lagi naik turun membuat kan aku termengah-mengah biler sampai part naik..nasib baik bukit nya pun tak la panjang sgt..lepas naik, turun, lepas turun, naik…biler mau sampai daaa….

Selepas 3 jam trekking non stop..akhirnya sampai la Kem Kasut…Bad, Tasnim dgn Zali dah sampai dulu..aku tgk diorg belum lagi letak beg..takde la jauh sangat aku tercicir..hujan masih lagi mencurah…

Aku      : Aku rasa kite tido sini je la dulu, esok baru naik puncak. Power aku dah abis dah ni
Tasnim : Setuju
Bad      : Kitorg bagi 10 minit je tadi..kalau tak sampai tadi kitorg gerak naik puncak..nasib baik ada    lagi 3 minit.

Tapak khemah penuh dgn air..nampak mcm ada 1 port je yg kurang air bertakung..situ la port fly mlm ni..selesai pasang khemah dan tukar baju..Tasnim masak maggi dgn kopi o…sedap weeii kena maggi dgn kopi time sejuk2 mcm ni. Dlm pukul 715..2 org drpd group melayu tadi sampai kat Kem Kasut. Diorg pun akan tido Kem Kasut mlm ni..sempat gak kitorg tanya pasal group cina kat bawah tadi..diorg cakap…last jumpe kat Kem Tudung Periuk tadi..mungkin kejap lagi diorg sampai la tu. Ye la kan, diorg rehat seminit je..

Menu mlm ni nasi goreng guna perencah made in Indon yg dibeli dari kedai Aceh kat Chow Kit semalam. Masak nasi guna beras Bario yg Tasnim dapat masa trip Trusmadi thn lepas. Beras ni rase macam pulut sikit. Selesai makan, tiba la masa tido..aku, Zul, Zali tido bawah fly..Bad dgn Tasnim dalam khemah yg tanahnya senget 25 darjah. Untuk esok..target time..pukul 730 nak gerak naik puncak.

Hujan masih lagi renyai2..akhirnya kami semua dah bukak turbo masing2…tido nyenyak diulit kesejukan dan kedinginan hawa gunung…zzzzz…

13 Feb 2011

Mata aku terbukak bila cahaya matahari samar dlm mimpi aku..tengok jam…pukul 730…member lain masih lagi berbungkus dlm sleeping bag diiringi irama2 keras yg bermula dari perut terus ke hidung masing2. Aku jugak yg jadi tukang kejut diorg ni…

Lepas semua bangun, Tasnim siapkan teh o panas utk pemanas badan pagi ni. Zali dgn Zul turun ke anak sungai utk ambil bekalan air..kat sini lah last water point sebelum ke puncak.


Hotel 8 bintang..aircond tak bole off

     
Pukul 920, kami berlima pun bergerak menuju puncak. Trek ke puncak tak lah pacak sangat..kira sedap la jalan. View trek ke puncak ni subhanallah…cantik…dikelilingi pokok2 yg disalut dgn lumut2 hijau dan dilumut ni masih ada lagi titis2 air yg berjuntaian. Landskap trek yg umpama taman dalam rimba membuatkan aku tak terasa mengah utk mendaki. Sepanjang perjalanan ke puncak, kitoeg stop 2 kali utk ambil gambar..ye la bukan senang nak sampai sini..alang2 dah sampai, tekan je la shutter tu…bole gak kite tunjuk kat anak cucu nanti…kalau diorg dah besar nanti, belum tentu lagi landskap ni akan kekal macam ni…silap2 dah ada kasino lak kat puncak Yong Belar ni.

 

Lepas 1 jam trekking..kitorg akhirnya sampai ke puncak Gunung Yong Belar..puncak ketiga tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2181m dari aras laut. Kabus masih tebal masa kitorg sampai ni..lepas 15 minit, matahari mula memancarkan sinarnya dan dari kejauhan ternampak la puncak Korbu dan Gayong gagah berdiri.



Selamat sampai puncak

Kami dePuncak
                               
Tasnim dah pun memulakan tugasnya memasak maggi dan kopi o…nasib la ada Tasnim..nak harap Bad..mkn angin je la.

Makan time!!

Kitorg habiskan masa 1 jam dipuncak..Pukul 1135 terus turun ke Kem Kasut..kemas barang dan terus ke Blue Valley Dam dengan harapan dapat sampai ke dam sebelum gelap.

Pukul 1.30 kitorg semua bergerak meninggalkan Kem Kasut menuju ke check point Kem Tudung Periuk utk makan petang. Sampai Kem Tudung Periuk pukul 3.50 dan rehat sambil isi perut dgn nasi sejuk mlm tadi berlaukkan sardin cap ayam.

                                                                      
4.30 petang kitorg terus bergerak turun menuju ke Blue Valley Dam dan akhirnya kami sampai ke dam tepat pukul 730.

Kitorg semua selamat sampai di Masjid lama Kg Raja pukul 830 dan semua membersihkan diri setelah 2 hari tak mandi sebelum bertolak pulang ke KL.

Alhamdulilah..trip ini berjalan lancar walaupun tanpa persiapan yg rapi..Yong Belar kami tinggalkan dgn seribu satu kenangan…

Kenangan  di Puncak Yong Belar