Thursday, June 30, 2011

Mulu & Pinnacles ~day 3-5


Sambungan dari entry sebelum ni.
Sabtu – 14/5/2011
Pukul 9.30 kitorg dah ready dlm bot utk pergi ke Kuala Litut. Dalam perjalanan, kitorg singgah ke perkampungan Penan di Batu Bungan, Gua Air Jernih dan Gua Angin.
Jeti bot di Mulu HQ
Batu Bungan
Sepanjang perjalanan ke dari Gua Air Jernih ke Kuala Litut, ntah berapa kali la kitorg kena tolak bot sebab air sungai yang cetek dan masa tolak bot ni la Zul Kamera secara rasminya mendapat gelaran baru iaitu Zul Gayut. Peristiwa yg bole menyebabkan bot panjang ni karam.
Jernih betol air kat sini
Alhamdulillah pukul 2.00 ptg kitorg selamat sampai di Kuala Litut.dari sini kitorg kena trekking 8.8km sampai Kem 5. Sebelum trekking kitorg masak maggi dan teh o sebagai alas perut. Trek dari Kuala Litut ke Kem 5 landai je..ada 2 jambatan gantung melintasi sungai besar yg kitorg kena lalu. 2 jam setengah kitorg sampai ke Kem 5..
Lunch sebelum trekking ke Kem 5
Kem 5 ni terletak di tepi sungai Melinau..di belakang Kem 5 ni Gunung Api dan di depan Gunung Benarat. View kat sini tersangat la cantik. Tenang dan hijau…lepas letak beg kitorg terus terjun dlm sungai.
Kem 5
Di Kem5 ni, segala peralatan dapur disediakan..jadi malam ni kitorg dinner dgn lauk sardine, tempe goreng, kobis dan ikan bilis tumbuk yg laling aku masak dari rumah.

Ahad – 15/5/2011
Hari ni adalah hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke 6 dan aku pulak jauh dari family aku..tiba2 rasa sedih lak sebab meninggalkan isteri dan anak2 di tarikh keramat ni..dah la line telepon pun takde – sendiri yang cari pasal!!

Pagi ni kitorang bangun seawal jam 5.30 pagi. Zul Panda dah bersiap-siap untuk menjalankan tugas tak rasminya sebagai chef grup 6 jahanam ni. Menu pagi ni bihun goring dan kitorng bawak tapau nasi putih utk makan di puncak nanti. Lauknya serunding daging..

Guide kitorg utk trip ni adalah Joe. Grup Mat Salleh dah gerak dulu 15 minit dari kitorg, jam 6.46 pagi barulah kitorg start trekking. 200 meter pertama ni trek landai je..jalan sambil senyum la kitorg. Tamat je 200 meter tu, ada bukit yg macam tembok pun ada aku tengok, betol2 tegak. Mula dari sini la trek ni tak bagi muka langsung..pacak abis.
Check point pertama adalah mini Pinnacles yang jaraknya 900 meter dari starting point dan kitorg sampai sini jam 7.30 pagi. Baru 900 meter, tapi azabnya dah terasa. Bad dah nak pitam kena bantai dgn trek Pinnacles ni, Zul Gayut tertinggal jauh di belakang ditemani Tasnim, aku pulak kehausan yang amat sangat..beg dan air aku Tasnim yang bawak, Tasnim pulak setia meneman Zul Gayut di belakang. Lepas 15 minit pun diorg masih belum sampai di Mini Pinnacles. Terpaksa la aku bergantung dgn air yg Bad bawak.
Take 5 kat Mini Pinnacles
Sepanjang trekking selepas Mini Pinnnacles ni kitorg terpisah menjadi 3 grup, Abg Mail dgn Zul Panda dah lama memecut, guide,aku dgn Bad di grup kedua masih menyusun nafas, di belakang Zul Gayut yang dah memintak nyawa ditemani Tasnim.
Trek azab
9.30 pagi aku dgn Bad sampai tangga yg pertama. Ada 15 tangga semuanya yang perlu dipanjat. Kat sini kitorg rehat dulu 15 minit. Dari sini treknya sangat menggentarkan jiwa, dengan batu yang tajam2, tangga yg tegak 90 darjah..mengucap dulu sebelum memanjat. Setengah jam kemudian aku & Bad sampai ke Pinnacles. Abg Mail & Zul Panda dah sibuk ambil gamba.
Kalau lebih pukul 11 kena patah balik
Rasa kagum sgt dgn kebesaran Allah..view sgt la cantik dgn batu-batu kapur yg tegak memacak seolah-olah memagari kawasan Pinnacles ni. Terasa beruntungnya kitorg dpt peluang utk lihat view yg mcm ni. Masa ni kami berempat sangka Zul Gayut dgn Tasnim dah patah balik ke Kem 5. Lauk utk lunch ni ada dlm beg yg Tasnim bawak. Perut aku dah berbunyi-bunyi minta diisi, terpaksa la aku makan jugak nasi putih yg dibawak tadi berlaukkan biskut Oreo yg di pau dari Abg Mail. Hampir separuh jugak la nasi tu aku makan.
Subhanaallah
Selesai je makan, lebih kurang jam 11.30 pagi terdengar suara Tasnim memanggil..sampai jugak akhirnya. Zul Gayut pun sampai jugak 10 minit lepas Tasnim sampai. Alhamdulillah…semua selamat sampai ke tempat yg dituju. Perjalanan balik ke Kem 5 pulak menanti dan semestinya trek macam ni, turun lagi bahaya dari naik. Jam 12.00 tgh hari kitorg bergerak turun dgn penuh hati-hati. Kalau tersilap langkah, padah yg menanti bukan kecik-kecik.

Alhamdulilah..selamat semuanya

Masa perjalanan turun, kitorg bergerak dalam 1 kumpulan dan jam 4.00 petang semua dah selamat sampai ke Kem 5. Sampai je kitorg semua terus terjun sungai.

Selesai je kitorg mandi, hujan turun mencurah-curah..nasib baik bukan masa trekking. Aku tak dapat bayangkan mcm mana kalau kitorg trekking turun dalam hujan lebat dgn keadaan trek yg takde belas kesian macam tu. Syukur Alhamdulillah…

Menu malam tu sardin dgn serunding daging..

Isnin – 16 Mei 2011
Target nak gerak ke Kuala Litut pukul 7.30 sebab dah janji dengan driver bot pukul 10.30 pagi tapi 7.20 baru sibuk nak masak bihun. Lepas sarapan lak masing-masing sibuk amik gambar sekitar Kem 5 ni. Maklumla..ntah bila la lagi dapat ke sini lagi.

Pukul 8.25 baru la kitorg mula melangkah meninggalkan Kem 5 untuk balik ke HQ Park. Dalam perjalanan ke Kuala Litut ni kitorg berenti sekejap kat jambatan gantung Kuala Berar. Masing-masing dah geram tengok sungai kat sini..apalagi…semua terjun. Dekat setengah jam jugak la kitorg mandi..mesti bengang je driver bot tu..

Pukul 11.15 kitorg sampai Kuala Litut terus naik bot menuju ke HQ Park. Perjalanan bot hari ni lancar sebab air sungai naik, selamat kitorg tak yah la tolak bot. Sejam je utk kitorg sampai ke HQ Park. Aktiviti lepas ni rehat je..tunggu trip lagi mencabar ke puncak Gunung Mulu esok.

No comments:

Post a Comment