Monday, October 31, 2011

Gunung Mulu-Day 1

Selasa-17 Mei 2011

Harini bermula la percubaan untuk mendaki ke puncak Gunung Mulu, gunung ke-5 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,376m dari paras laut. Perjalanan untuk sampai ke puncak dan turun semula ke HQ mengambil masa 4 hari 3 malam dengan jarak 48 km pergi balik.



Pukul 7.45 pagi kitorg dah ready tunggu guide kat depan ofis Mulu Park. Guide kitorg untuk trip ni ialah Sylvester a.k.a Cicak Man. Cicak Man ni bukan kitorg yang bagi, itu memang nama manja dia kat Mulu ni.
Kitorg start treking pukul 8.45 pagi dan target hari ni adalah untuk sampai ke Kem 3 yang jaraknya lebih kurang 11.5km.


Tengok sign board tu je mcm dah gerun je...jauh giler nak ke puncak
 take 5 sekejap kat sungai ni. Kitorg sampai kat sungai ni lebih kurang pukul 10.30 pagi.
Kem 1 : Tepat pukul 12 kitorg sampai di Kem 1 yang letaknye di tepi sungai besar. Jarak ke kem 1 ni adalah 5.6km dan separuh dari perjalanan sudah selesai. Dari HQ ke Kem 1 ni trek landai..boleh borak2 sambil jalan..cabaran sebenar hari ni adalah trek selepas dari Kem 1 ni. Trek selepas ni menaik terus sampai la ke kilometer 11.5. Jadi kitorg isi perut dulu kat Kem 1 ni, sejam jugak la kitorg rehat kat sini.


Bad melayan azab penangan Mulu
Perjalanan ke Kem 3 memang betol2 mengugat mental dan fizikal. Nasib baik hujan pun turun sekejap2 je. Kalau la sepanjang jalan hujan, mau merangkak jalan ni.

Akhirnya pukul 6.30 petang aku dgn Bad selamat sampai ke Kem 3. Abg Mail, Zul Panjang dgn Sylvester dah sampai setengah jam sebelum kitorg. Kat belakang tinggal Zul Gayut dgn Tasnim dan diorg akhirnya sampai ke Kem 3 lebih kurang pukul 9 malam. Sebelum tu Sylvester, Abg Mail dgn Zul Panjang turun balik untuk resQ. Aku dgn Bad jaga kem dari serangan tikus gunung.

Alhamdulillah..azab hari pertama selesai