Monday, October 31, 2011

Gunung Mulu-Day 1

Selasa-17 Mei 2011

Harini bermula la percubaan untuk mendaki ke puncak Gunung Mulu, gunung ke-5 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,376m dari paras laut. Perjalanan untuk sampai ke puncak dan turun semula ke HQ mengambil masa 4 hari 3 malam dengan jarak 48 km pergi balik.



Pukul 7.45 pagi kitorg dah ready tunggu guide kat depan ofis Mulu Park. Guide kitorg untuk trip ni ialah Sylvester a.k.a Cicak Man. Cicak Man ni bukan kitorg yang bagi, itu memang nama manja dia kat Mulu ni.
Kitorg start treking pukul 8.45 pagi dan target hari ni adalah untuk sampai ke Kem 3 yang jaraknya lebih kurang 11.5km.


Tengok sign board tu je mcm dah gerun je...jauh giler nak ke puncak
 take 5 sekejap kat sungai ni. Kitorg sampai kat sungai ni lebih kurang pukul 10.30 pagi.
Kem 1 : Tepat pukul 12 kitorg sampai di Kem 1 yang letaknye di tepi sungai besar. Jarak ke kem 1 ni adalah 5.6km dan separuh dari perjalanan sudah selesai. Dari HQ ke Kem 1 ni trek landai..boleh borak2 sambil jalan..cabaran sebenar hari ni adalah trek selepas dari Kem 1 ni. Trek selepas ni menaik terus sampai la ke kilometer 11.5. Jadi kitorg isi perut dulu kat Kem 1 ni, sejam jugak la kitorg rehat kat sini.


Bad melayan azab penangan Mulu
Perjalanan ke Kem 3 memang betol2 mengugat mental dan fizikal. Nasib baik hujan pun turun sekejap2 je. Kalau la sepanjang jalan hujan, mau merangkak jalan ni.

Akhirnya pukul 6.30 petang aku dgn Bad selamat sampai ke Kem 3. Abg Mail, Zul Panjang dgn Sylvester dah sampai setengah jam sebelum kitorg. Kat belakang tinggal Zul Gayut dgn Tasnim dan diorg akhirnya sampai ke Kem 3 lebih kurang pukul 9 malam. Sebelum tu Sylvester, Abg Mail dgn Zul Panjang turun balik untuk resQ. Aku dgn Bad jaga kem dari serangan tikus gunung.

Alhamdulillah..azab hari pertama selesai

Thursday, June 30, 2011

Mulu & Pinnacles ~day 3-5


Sambungan dari entry sebelum ni.
Sabtu – 14/5/2011
Pukul 9.30 kitorg dah ready dlm bot utk pergi ke Kuala Litut. Dalam perjalanan, kitorg singgah ke perkampungan Penan di Batu Bungan, Gua Air Jernih dan Gua Angin.
Jeti bot di Mulu HQ
Batu Bungan
Sepanjang perjalanan ke dari Gua Air Jernih ke Kuala Litut, ntah berapa kali la kitorg kena tolak bot sebab air sungai yang cetek dan masa tolak bot ni la Zul Kamera secara rasminya mendapat gelaran baru iaitu Zul Gayut. Peristiwa yg bole menyebabkan bot panjang ni karam.
Jernih betol air kat sini
Alhamdulillah pukul 2.00 ptg kitorg selamat sampai di Kuala Litut.dari sini kitorg kena trekking 8.8km sampai Kem 5. Sebelum trekking kitorg masak maggi dan teh o sebagai alas perut. Trek dari Kuala Litut ke Kem 5 landai je..ada 2 jambatan gantung melintasi sungai besar yg kitorg kena lalu. 2 jam setengah kitorg sampai ke Kem 5..
Lunch sebelum trekking ke Kem 5
Kem 5 ni terletak di tepi sungai Melinau..di belakang Kem 5 ni Gunung Api dan di depan Gunung Benarat. View kat sini tersangat la cantik. Tenang dan hijau…lepas letak beg kitorg terus terjun dlm sungai.
Kem 5
Di Kem5 ni, segala peralatan dapur disediakan..jadi malam ni kitorg dinner dgn lauk sardine, tempe goreng, kobis dan ikan bilis tumbuk yg laling aku masak dari rumah.

Ahad – 15/5/2011
Hari ni adalah hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke 6 dan aku pulak jauh dari family aku..tiba2 rasa sedih lak sebab meninggalkan isteri dan anak2 di tarikh keramat ni..dah la line telepon pun takde – sendiri yang cari pasal!!

Pagi ni kitorang bangun seawal jam 5.30 pagi. Zul Panda dah bersiap-siap untuk menjalankan tugas tak rasminya sebagai chef grup 6 jahanam ni. Menu pagi ni bihun goring dan kitorng bawak tapau nasi putih utk makan di puncak nanti. Lauknya serunding daging..

Guide kitorg utk trip ni adalah Joe. Grup Mat Salleh dah gerak dulu 15 minit dari kitorg, jam 6.46 pagi barulah kitorg start trekking. 200 meter pertama ni trek landai je..jalan sambil senyum la kitorg. Tamat je 200 meter tu, ada bukit yg macam tembok pun ada aku tengok, betol2 tegak. Mula dari sini la trek ni tak bagi muka langsung..pacak abis.
Check point pertama adalah mini Pinnacles yang jaraknya 900 meter dari starting point dan kitorg sampai sini jam 7.30 pagi. Baru 900 meter, tapi azabnya dah terasa. Bad dah nak pitam kena bantai dgn trek Pinnacles ni, Zul Gayut tertinggal jauh di belakang ditemani Tasnim, aku pulak kehausan yang amat sangat..beg dan air aku Tasnim yang bawak, Tasnim pulak setia meneman Zul Gayut di belakang. Lepas 15 minit pun diorg masih belum sampai di Mini Pinnacles. Terpaksa la aku bergantung dgn air yg Bad bawak.
Take 5 kat Mini Pinnacles
Sepanjang trekking selepas Mini Pinnnacles ni kitorg terpisah menjadi 3 grup, Abg Mail dgn Zul Panda dah lama memecut, guide,aku dgn Bad di grup kedua masih menyusun nafas, di belakang Zul Gayut yang dah memintak nyawa ditemani Tasnim.
Trek azab
9.30 pagi aku dgn Bad sampai tangga yg pertama. Ada 15 tangga semuanya yang perlu dipanjat. Kat sini kitorg rehat dulu 15 minit. Dari sini treknya sangat menggentarkan jiwa, dengan batu yang tajam2, tangga yg tegak 90 darjah..mengucap dulu sebelum memanjat. Setengah jam kemudian aku & Bad sampai ke Pinnacles. Abg Mail & Zul Panda dah sibuk ambil gamba.
Kalau lebih pukul 11 kena patah balik
Rasa kagum sgt dgn kebesaran Allah..view sgt la cantik dgn batu-batu kapur yg tegak memacak seolah-olah memagari kawasan Pinnacles ni. Terasa beruntungnya kitorg dpt peluang utk lihat view yg mcm ni. Masa ni kami berempat sangka Zul Gayut dgn Tasnim dah patah balik ke Kem 5. Lauk utk lunch ni ada dlm beg yg Tasnim bawak. Perut aku dah berbunyi-bunyi minta diisi, terpaksa la aku makan jugak nasi putih yg dibawak tadi berlaukkan biskut Oreo yg di pau dari Abg Mail. Hampir separuh jugak la nasi tu aku makan.
Subhanaallah
Selesai je makan, lebih kurang jam 11.30 pagi terdengar suara Tasnim memanggil..sampai jugak akhirnya. Zul Gayut pun sampai jugak 10 minit lepas Tasnim sampai. Alhamdulillah…semua selamat sampai ke tempat yg dituju. Perjalanan balik ke Kem 5 pulak menanti dan semestinya trek macam ni, turun lagi bahaya dari naik. Jam 12.00 tgh hari kitorg bergerak turun dgn penuh hati-hati. Kalau tersilap langkah, padah yg menanti bukan kecik-kecik.

Alhamdulilah..selamat semuanya

Masa perjalanan turun, kitorg bergerak dalam 1 kumpulan dan jam 4.00 petang semua dah selamat sampai ke Kem 5. Sampai je kitorg semua terus terjun sungai.

Selesai je kitorg mandi, hujan turun mencurah-curah..nasib baik bukan masa trekking. Aku tak dapat bayangkan mcm mana kalau kitorg trekking turun dalam hujan lebat dgn keadaan trek yg takde belas kesian macam tu. Syukur Alhamdulillah…

Menu malam tu sardin dgn serunding daging..

Isnin – 16 Mei 2011
Target nak gerak ke Kuala Litut pukul 7.30 sebab dah janji dengan driver bot pukul 10.30 pagi tapi 7.20 baru sibuk nak masak bihun. Lepas sarapan lak masing-masing sibuk amik gambar sekitar Kem 5 ni. Maklumla..ntah bila la lagi dapat ke sini lagi.

Pukul 8.25 baru la kitorg mula melangkah meninggalkan Kem 5 untuk balik ke HQ Park. Dalam perjalanan ke Kuala Litut ni kitorg berenti sekejap kat jambatan gantung Kuala Berar. Masing-masing dah geram tengok sungai kat sini..apalagi…semua terjun. Dekat setengah jam jugak la kitorg mandi..mesti bengang je driver bot tu..

Pukul 11.15 kitorg sampai Kuala Litut terus naik bot menuju ke HQ Park. Perjalanan bot hari ni lancar sebab air sungai naik, selamat kitorg tak yah la tolak bot. Sejam je utk kitorg sampai ke HQ Park. Aktiviti lepas ni rehat je..tunggu trip lagi mencabar ke puncak Gunung Mulu esok.

Friday, June 10, 2011

Trip Mulu & Pinnacles ~day 1-2


Gunung Mulu & Pinnacles
12/5/2011-21/5/2011
Ahli Majlis :
Abg Mail
Bad
Zul
Gayut
Zul Panda
Tasnim
Aku

 Misi kali ini adalah untuk menjelajah Taman Negara Mulu, Sarawak di mana terletaknya Gunung Mulu dengan ketinggian 2,173m dari aras laut. Ini adalah gunung ke5 tertinggi di Malaysia dan gunung ke 3 di antara gunung-gunung yg digelar Big 5 yg akan aku jelajahi selepas G. Kinabalu dan Trusmadi di Sabah. Selepas ni ada 2 lagi gunung yg akan didaki utk melengkapkan penjelajahan "The Big 5" iaitu G. Murud dan G. Tambuyukon. Sepatutnya G. Tambuyukon ni aku daki dalam trip Trusmadi tahun lepas, tapi atas peristiwa yang tak disangka, aku & Bad dengan sukarela merestui 5 lagi kawan kawan yang lain meneruskan pendakian. Kita merancang, tuhan menentukan. Berikut adalah serba sedikit catatan perjalanan aku & 5 lagi kawan kawan sepanjang 10 hari kami di Bumi Kenyalang.

Khamis – 12/5/2011
Tepat 7 malam aku dah sampai KLIA. Tasnim sampai 10 minit awal sebelum aku. Penerbangan kami berempat (Abang Mail, Zul Panda. Tasnim dan Aku) dengan flight MAS ke Miri pada pukul 8.40 malam. Diikuti dengan Bad dan Zul Gayut dengan penerbangan Airasia (everyone can fly) beberaa jam kemudian. Sebenarnya lagi senang kalau terbang sekali ber-6, disebabkan harga tiket ada naik turun, kenalah amik tiket yang mana lebih murah kan. Jimat kos selagi boleh. Aku memang plan untuk bermalam kat Airport Miri sementara menunggu flight ke Mulu jam 9.30 pagi esoknya. Rupa-rupanya Airport Miri ni tutup lepas last flight landing. Semua pintu akan dikunci. Aku & Bad decide nak cari backpackers..yang lain nekad nak tido kat kaki lima airport. Aku gerenti kalau aku ikut diorang konfem aku tak bole tido dan tak dapat rehat secukupnya..trip panjang lagi ni ..kesihatan kena jaga. Yang ni, keputusan ditangan masing masing. Kalau telinga agak kebal bolehlah join de club tidur kat airport.
Nasib agak baik sebab ada bilik backpackers lebih kurang 400 meter dari airport. Atas ofis Maswing je. Sebilik RM50 dan share dengan Bad, RM25 lah sorang. Tidur lena tanpa gangguan nyamuk, siap ada aircond lagi tuh.. Pukul 1 pagi, Tasnim lak menyusul, terpaksa amik 1 bilik untuk diri sendiri sebabnya telur dalam beg dia pecah, terpaksalah amik bilik untuk bersihkan beg.

Jumaat – 13/5/2011
Pagi Jumaat kitorang bertiga bersiap untuk check in flight Maswing, jumpa Abg Mail, Zul Panda & Zul Gayut dengan muka sememeh je..2-2 zul tak boleh tido katanya.. reason? Banyak nyamuk lah, panas lah dan yang paling best, kapal terbang siap panaskan enjin malam tu.. haa amik ko!! 
Sementara tunggu fligt ke Mulu, kitorang sarapan di Marrybrown dalam airport. Mahal gak la harga..nak buat camne..tu je yang ada. Cuaca pagi ni hujan dan flight kitorg delay sejam. Pukul 1030 baru kitorang dapat merasa terbang dengan Maswings dan perjalanan mengambil masa setengah jam. Sepanjang penerbangan aku kitorang dapat menikmati keindahan dan kehijauan bumi Sarawak dengan hutan tebal yang dihiasi dengan sungai yang berlingkar-lingkar.

Orang2 tak cukup tidor

Selamat landing di Mulu Airport

Sampai je airport van dah siap menunggu untuk bawak grup kitorang ke Gunung Mulu National Park. Tambang RM10 pergi balik. Tak jauh pun, 1.5km je tapi takde keje lak nak jalan kaki. Naik van je senang. Sampai HQ kitorang selesaikan semua bayaran dan masuk hostel Tongkat Ali sementara nak tunggu trip show caves pukul 2.30 petang ni.

Pukul 1.30 kitorg dah gerak gi cafĂ© untuk lunch..makanan kat sini tersangat la mahal nya sebab factor geografi. Difahamkan semua bekalan bahan mentah dibawa dari Miri menggunakan flight. Ada 3 cara pengangkutan dari Miri, naik flight- setengah jam, naik kereta/powil – 1 hari, naik bot – 1 hari. Terfikir jugak aku macam mana la kehidupan masyarakat kat sini dengan kemudahan asas yang amat terhad..barang makan pun mahal.gula sekilo RM6, roti sebuku RM5. siapa yang akan membela nasib diorang? 
Isi perut sebelum masuk gua
2.30 petang cave exploration..petang ni kitorg akan masuk Gua Lang dan Gua Rusa. Sepanjang perjalanan ke gua-gua ni dah disediakan pelantar utk kemudahan pelancong. Memang cantik gua2 kat sini..dan menurut guide, masih banyak lagi gua-gua yg masih belum dibuka utk pelawat..ye la..di Mulu ni la terletak nya rangkaian gua terbesar di dunia (kalau tak salah la). Lebih kurang pukul 5.30 ptg lak kitorg dah lepak kat pelantar menghadap ke Gua Rusa. Dari Gua Rusa ni la berjuta-juta kelawar akan keluar setiap petang dan membentuk formasi yang sangat menarik..kagum gak aku tengok kelawar ni..
Gua Rusa
6 jahanam dalam Gua Rusa

Lebih setengah jam la jugak kitorg layan kelawar ni. Dalam kul 6 lebih, terus balik ke HQ untuk rehat dan prepare barang2 untuk trip besok ke Kem 5. Nantikan next entry perjalanan manakluk Pinnacle.

Note~ Guide gua exploration ~ Cikgu
        ~ Receptionist paling sporting kat HQ ~ Jessica








Tuesday, June 7, 2011

Trusmadi & Tambuyukon 2010


Projek tahun lepas dan hari ni baru tergerak nak masukkan dalam blog untuk tatapan anak anak dimasa akan datang. Itupun selepas acara mengclearkan emel yang lama.. yang ini adalah tentative projek sahaja. Ketentuan semua di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang sahaja..

 TRUSMADI & TAMBUYUKON (27 Jun – 4 Jul 2010)

27/6/10  
0650 – KL –KK
0920 – KK Airport
1000 – KK – Tambunan
1200 – Tambunan (MDT Hostel)

28/6/10 
0600 - naik 4wd
0730 - sampai starting...start trekking
1500 - sampai kabin (optional samada nak tido kabin or terus shoot puncak)
1800 - sampai puncak kalau shoot puncak


29/6/10
0430 – shoot puncak (kalau tido kabin)
0630 – sampai puncak
0900 – turun dari puncak
1030 – sampai kabin 1200 – gerak dari kabin
1630 – sampai starting point-naik 4wd
1730 – sampai Tambunan
1830 – Tambunan-Ranau
2000 - Ranau

30/6/10
0600 – bertolak dari Ranau ke Kg Monggis (starting point)
0900 – sampai starting point & register
1000 – start trekking-Sg Wuluh(km6)
1900 – Sg Wuluh (rest)

1/7/10
0900 – start trekking-Sg Kepuakan(km8)-kem musang(km10)
1500 – kem Musang (rest)

2/7/10
0600 – start trekking-kem jeneral(km12)-kem rajah(km12)-puncak(km14)1
000 – puncak
1100 – turun puncak
1400 – kem musang 
1600 – sg kepuakan (rest)

3/7/10
0800 – start trekking-Kg Monggis
1600 – Kg Monggis
1700 – Naik 4wd-Ranau
1900 – Ranau-KK
2100 – KK (explorer backpackers)
4/7/10 
santai & balik KL

*misi ke Tambuyokon diteruskan tanpa aku, Bard dan Yeye.. Tragedi yang akan dikongsi di entry yang lain.. Misi misi hospital Tambunan menjadi saksi.
    

Monday, June 6, 2011

Banyak cerita yang ingin dikongsi, tapi masih belum berkesempatan untuk menulis sepenuhnya pengalaman berharga di Mulu hari tu.

Friday, May 20, 2011

EXPLORASI GUNUNG MULU (2,363m) DAN PINNACLES


Ini Adalah Tentatif Program kali ini…

 Jumaat – 13 Mei 2011
0600    -    Berkumpul di KLIA/LCCT
0725    -    Terbang ke Miri
0945    -    Sampai Miri
1210    -    Terbang ke Mulu
1230    -    Sampai Mulu, Naik van sampai ke Mulu HQ, Check-In hostel

1430    -    Trekking ke Gua Lang dan Gua Rusa
1900    -    Dinner kat cafĂ©
2030    -    Santai

Sabtu – 14 Mei 2011
0530    -     Mandi, solat & breakfast
0900    -     Naik bot ke Kuala Litut
1100    -     Sampai Kuala Litut~ lunch
1200    -     Trekking ke Kem 5 (8.8km)
1430    -     Sampai Kem 5
1930    -     Dinner
2000    -     Briefing oleh guide~tido

Ahad – 15 Mei 2011
0500    -     Mandi, solat & breakfast
0730    -    Trekking ke Pinnacles (2.4km)
0930    -    Tangga pertama (total ada 15 tangga)
1030    -    Puncak anak Api (1175m)
1130    -    Turun ke Kem 5
1430    -    Sampai Kem 5~mandi sungai
1930    -    Dinner


Isnin – 16 Mei 2011
0530    -    Mandi, solat & breakfast
0830    -    Start trekking ke Kula Litut
1100    -    Sampai Kuala Litut dan naik bot ke HQ Park
1300    -    Sampai HQ Park
1345    -    Check-in hostel
1930    -    Dinner~prepack barang untuk trekking besok

Selasa – 17 Mei 2011
0530    -    Mandi, solat & breakfast
0800    -    Jumpa guide di HQ Office dan briefing
0830    -    Mula Trekking ke puncak Gunung Mulu (24km)
0930    -    Sampai Air Terjun Paku
1030    -    Cross sungai besar 1
1130    -    Cross sungai besar 2
1145    -    Sampai Kem 1 (km6)~lunch

1230    -    Sambung trekking
1430    -    Sampai Kem 2 (km7.5)
1930    -    Sampai Kem 3~rehat~dinner~zzz


Rabu – 18 Mei 2011
0530    -    Mandi, solat & breakfast
0930    -    Trekking ke Kem 4
1430    -     Sampai Kem 4~rehat


Khamis – 19 Mei 2011
0300    -    Bangun
0330    -    Trekking ke puncak Mulu
0530    -    Puncak tipu 1
0615    -    Puncak tipu 2
0630    -    Puncak Mulu
0800    -    Turun ke Kem 4
1030    -    Sampai Kem 4~packing barang

1130    -    Turun ke Kem 3
1530    -    Sampai Kem 3~rehat~dinner~tido


Jumaat – 20 Mei 2011
0530    -    Mandi, solat & breakfast
0830    -    Trekking ke HQ Park
1030    -    Sampai Kem 2
1200    -    Sampai Kem 1~lunch

1300    -     Sambung trekking
1330    -    Cross sungai besar 2
1430    -    Cross sungai besar 1
1630    -    Sampai HQ Park~Rehat

Sabtu – 21 Mei 2011
0530    -    Mandi, solat & breakfast
0900    -    Gerak ke Airport
1010    -    Naik flight ke Miri
1040    -    Sampai Miri
1940 - Terbang balik KL

*Masa adalah anggaran sahaja, tertakluk kepada keadaan kesihatan jasmani dan rohani masing-masing

Wednesday, May 11, 2011

MH @ 12.Mei.2011 20:40


esok aku dgn kawan2 akan terbang ke Miri utk trip Gunung Mulu & Pinnacles utk tempoh 10 hari..dlm tempoh tu la jugak tarikh anniversary kawin aku yg ke-6..nak buat camne?asalnye aku & kawan2 plan tarikh trip mulu ni dari 1 mei..tapi dah penuh kat sana..tarikh ni je ada kosong. sory ye laling..nanti abg balik kite celebrate ye..

makin dekat nak pegi ni..makin banyak yg bermain di pikiran..mampu ke aku nak treking 8 hari sepanjang 75.6km?mampu ke kaki ni utk melangkah mendaki gunung ke-5 tertinggi di Malaysia ni?mampu ke kaki ni utk memanjat tangga2 besi tegak 90 darjah utk melihat kebesaran illahi? mampu ke bahu ni memikul beg dgn berat hampir 20kg yg diisi kelengkapan dan makanan?yg paling penting mampu ke mental aku menahan asakan trek gunung mulu ni?

bile aku pikir panjang2..aku yakin aku mampu menghadap semua ni dgn pertolongan Allah swt dan berkat doa isteri dan anak2..selangkah kaki melangkah..pastikan terus ke depan..bukan ke belakang..

kenapa aku buat benda ni semua?ni la soalan yg sampai skarang aku blom bole jwp kalau ada org tanya..jawapan tu ada dlm diri..susah nak diluahkan dgn kata2..mungkin ada org yg bercakap naik gunung ni hanya utk seronok2 je..mungkin ada org yang berpikir,time naik gunung ni lah masa utk bersuka ria..mungkin jugak ada yg berpikir masa naik gunung ni kite lupekan segala yg ditinggalkan di bawah..
tapi bagi aku kenyataan di atas semua tak betol..mmg ada seronok kalau naik gunung..tapi keseronokan tu tak sama mcm keseronokan bersantai2 kat pulau..seronok nye dlm erti yg lain..aku rasa seronok utk melihat kebesaran illahi yg mana tak ramai org yg sedar hal ni..Allah ciptakan semua ni utk kite nikmati..bukan utk kite musnahkan..

untuk setiap trip gunung,aku rasa tenaga semua abis dikerah bak kate org putih "push to the limit"..takde masa untuk berpesta bersuka ria..lain la kalau gi statik camping..memang time untuk beronggeng la..nak menari poco2 pun bole..

setiap kali balik dari trip gunung..akan ada cerita dari pengalaman yang dilalui untuk dikongsi..kalau pun tak dapat dikongsikan sekarang..mungkin 10 @ 20 tahun akan datang pengalaman dan cerita itu tetap ada..siapa tahu satu hari nanti, setiap gunung kat malaysia ni dah ada kete kabel sampai ke puncak..mungkin 3-4 gunung dah jadi macam genting highland..siap ada kasino kat puncak..masa tu la aku akan dapat kongsikan pada anak2 yang ayah diorang ni pernah naik gunung jalan kaki..sekurang-kurangnya ada cerita untuk dibawak..takkan nak cite aku dok opis 8 jam sehari,kena marah dgn bos,gi keje balik keje..bagi aku takde yang menarik..

esok aku dgn 5 org lagi kawan2 dgn penuh 1001 harapan akan menuju ke salah satu tempat yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia yang mana ramai orang kite tak amik kisah pasal ni. Aku berbangga salah satu Tapak Warisan Dunia ni ada dalam Malaysia..selamat...

Tuesday, May 10, 2011

Mulu Here I Come

Next Expedition yang nak dikongsikan dengan anak anak. 12 Mei 2011 (aku, Tasnim, Abang mail, Bad & Zul Panjang) akan berangkat  ke Mulu. Plan awal, kami ber10 dan yang konfem pegi setakat hari ni 9 Mei 2011 hanya 5 orang. Harap harap expedisi kali ini berjalan dengan lancar. Amin.. Ya Allah, lindungi kami di sepanjang perjalanan untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaanMu ya Allah.. Amin...

Pinnacle. Kredit to Google.

Insyallah kalau tiada aral melintang, 13 Mei @ Deer/ Lang cave, 14 & 15 Mei  @ Pinnacles, 17-19 Mei Mulu Summit..


Thursday, April 21, 2011

Expedisi Gunung Yong Belar


Gunung Yong Belar
12/2/2011 – 13/2/2011

Line up : Aku, Bad, Zali, Tasnim, Zul Panjang

Setelah 2 kali tertangguh, akhirnya projek Xplorasi  Yong Belar menjadi kenyataan walaupun dgn hanya 5 ahli. Dengan berbekalkan training panjat Bukit Broga 2 kali masa raya cina aritu aku dgn rasa was-was menyahut cabaran xpdc ini. Apalah sgt nak diharapkan pada training naik Broga kalau nak dibandingkan dgn pendakian Yong Belar, gunung yang menghuni ranking ke3 dalam senarai gunung di semenanjung dgn ketinggian 2181m dari aras laut.

12 Feb 2011

Lebih kurang pukul 12 mlm kitorg gerak dari Jln Semarak (umah bad) dan singgah sekejap di kedai runcit Aceh kat chow kit beli ration sikit2. Ration kali ni sgt la simple,2 tin sadin, 2 bungkus roti..dgn jajan skit2..sesuai lah dgn trip mengejut ni , ptg 11hb baru semua konfem nak pegi.

Sampai RnR Tapah lebih kurang kul 3 pagi..rilek jap hilangkan ngantuk..kat sini bad beli nasi putih dgn telor mata sorang 1..buat mkn tgh ari nanti dia ckp..bernas gak idea ko bad..jadi time lunch esok tak yah masak nasik..jimat masa.

Kul 0445 kitorg sampai Balai Polis Kg Raja..hantar senarai nama dan org utk dihubungi masa kecemasan..mana la tau takut  ada perkara luar jangkaan terjadi. Dari balai terus ke masjid lama Kg raja..harap2 dpt la lelap seminit 2..

Sementara tunggu powil Kumar, kitorg tapau roti canai utk breakfast nanti..powil janji pukul 730, sampai pukul 9 pun blom nampak lagi..pukul 925 baru la start naik powil nak gi Blue Valley Dam…kitorg naik powil skali dgn grup 1 lagi seramai 8 org..jadi semua ada 13 org naik powil..dah mcm bangla nak gi keje kat kebun sayur dah..

 Mana la macha ni..janji kul 730     

Baru selesai punggah beg dalam powil
                           
Powil ambik masa lebih kurang setengah jam utk sampai ke Dam Blue Valley. Sampai Dam stretching badan sikit2 sebab tangga dah menanti depan mata..bukan alang2 tinggi tangga ni..aku rasa dlm 75 darjah tinggi dia. Kalau ikut kata org ada 268 anak tangga semua nye..tapi aku tak sempat lak nak kira. Sebelum start trekking ada lagi 1 group cina dalam 9 org sampai ke dam..sempat la borak jap dgn guide diorg ni..cina gak..”kami jln aaa…satu minit saja rehat..rehat lama2 tak bole..maksimum satu minit saja”kata guide ni…fuuhhh…team power ni bisik bad. Takpe..kite tengok la nanti…

Selepas di bacakan doa oleh ustaz Bad, tepat pukul 1015 kami berlima pun memulakan langkah pertama dengan menaiki tangga bersebelahan dgn air terjun. Tangga demi tangga aku teruskan jua..masa demi masa sampai akhirnya..terngiang-ngiang lak lagu Iklim ni time aku memanjat tangga2 yang mengalahkan tangga Bt Caves ni..Lebih kurang 10 minit masa yg kitorg amik utk panjat tangga2 ni..tak jauh dr tangga ni, tersedia pulak paip2 air warna hitam yg berselirat yg membekalkan air kpd kebun2 sayur di Cameron Highlands ni..

Langkah berhati-hati diambil waktu melalui paip2 air ni sebab kalau termasuk dlm selut di bwh paip ni boleh terbenam kaki sampai lutut..silap2 kasut pun bole lenyap dlm selut tu..kami sampai ke batu sempadan Pahang-Kelantan pukul 1040..simpang kiri diambil kalau terus pergi ke Kelantan. Di batu sempadan ni kami terserempak dgn sekumpulan Bangla yg tgh buat kerja2 sambungan paip2 air ke kebun sayur di bawah…
Bangla : Mana pergi abg?
Zul       : Balik rumah la
Bangla  : Atas sana ka rumah?
Zul       : Ya la
Bangla  : Brapa jam sampai?
Zul       : 8 jam
Bangla  : Haaiiyooo

Lantak la ko Bangla..1106 kitorg sampai di kawasan tanah runtuh dan tak jauh dari sini ada simpang ke kanan sebelum sampai ke sungai..


Tanah runtuh

cross sungai..

Lepas cross sungai, kitorg sampai ke kabin lebih kurang pukul 1120..trek kat sini landai lagi..power byk lagi kat sini..take 5 & take photo kejap..kawasan kabin ni mcm bukit botak..pokok2 renek je..sebelum sampai ke pintu rimba..kitorg mendaki di kawasan berbatu..boleh tahan gak licin batu ni..nasib baik kasut getah cap sofian aku ni grip baeekk punya..di pintu rimba 1st view dpt di tengok dan dari sini nampak mcm ok cuaca ari ni..harap2 panas sampai ke ptg la..



View dari pintu rimba

Belakang tu la pintu rimba

patut la dipanggil pintu rimba..lepas je masuk kawasan tu..landskap berubah dari pokok2 renek kpd pokok2 hutan yang meredupkan tanah di bawahnya..

Lepas take 5 kat pintu rimba, pukul 1140 kitorg start trekking dan target trekking 1 jam baru bole stop..pasal nak kejar masa utk sampai puncak sebelum gelap.

Dah lebih sejam pun diorg ni tak brenti jugak..power aku dah makin kurang..lampu otromen pun dah nyala ni..trek pun asik naik turun je..kaki dah mula lemah nak melangkah dah..dalam kepala asik teringat roti canai je ni..
Aku      : wei! Biler nak stop daaa?
Zul       : tudung periuk tak jauh lagi dah
Aku      : tudung periuk nanti makan tgh ari..skang ni nak breakfast dulu la!

Akhirnya..pukul 1250 kitorg stop kat satu puncak view dan dgn cargas minta Bad roti canai yg ditapau pagi tadi..brenti rehat dlm setengah jam dan teruskan trekking..tepat pukul 2 kitorg sampai Kem Tudung Periuk dan carik port kat tepi sungai utk masak tgh ari. Menu,nasi putih..sardin..telor mata, teh o panas.

 

Kem Tudung Periuk
  
zali dalam cubaan utk menipu (masak konon)
        
Makan sudah..rehat pun sudah..pukul 3 terus angkat beg dan angkat kaki. Langit pun mcm dah kelam je..ape bole buat..teruskan je la. Lepas setengah jam trekking, hujan pun mula turun..hujan yg turun bukan alang2..lebat ya rabbi..sejuknya toksah cakap la…kurang sikit dari dok dalam aisbox tu.

Trekking dlm hujan membuatkan kitorg lebih laju…bukan terlebih power..tapi tak tahan sejuk. Selut ke..lecak ke masa ni tak kisah dah..redah je..ntah brape kali kasut aku terbenam dlm lumpur. Bad, Tasnim dgn Zali dah hilang dari pandangan, tinggal la aku dgn Zul je kat blakang. Sesekali terpaksa merangkak bawah dahan atau akar pokok yang kadangkala membentuk macam pintu gerbang. Dlm kepala aku dah malas nak naik puncak dah ari ni.. overnight kat Kem Kasut je..esok pagi baru naik puncak.

Trek masih lagi naik turun membuat kan aku termengah-mengah biler sampai part naik..nasib baik bukit nya pun tak la panjang sgt..lepas naik, turun, lepas turun, naik…biler mau sampai daaa….

Selepas 3 jam trekking non stop..akhirnya sampai la Kem Kasut…Bad, Tasnim dgn Zali dah sampai dulu..aku tgk diorg belum lagi letak beg..takde la jauh sangat aku tercicir..hujan masih lagi mencurah…

Aku      : Aku rasa kite tido sini je la dulu, esok baru naik puncak. Power aku dah abis dah ni
Tasnim : Setuju
Bad      : Kitorg bagi 10 minit je tadi..kalau tak sampai tadi kitorg gerak naik puncak..nasib baik ada    lagi 3 minit.

Tapak khemah penuh dgn air..nampak mcm ada 1 port je yg kurang air bertakung..situ la port fly mlm ni..selesai pasang khemah dan tukar baju..Tasnim masak maggi dgn kopi o…sedap weeii kena maggi dgn kopi time sejuk2 mcm ni. Dlm pukul 715..2 org drpd group melayu tadi sampai kat Kem Kasut. Diorg pun akan tido Kem Kasut mlm ni..sempat gak kitorg tanya pasal group cina kat bawah tadi..diorg cakap…last jumpe kat Kem Tudung Periuk tadi..mungkin kejap lagi diorg sampai la tu. Ye la kan, diorg rehat seminit je..

Menu mlm ni nasi goreng guna perencah made in Indon yg dibeli dari kedai Aceh kat Chow Kit semalam. Masak nasi guna beras Bario yg Tasnim dapat masa trip Trusmadi thn lepas. Beras ni rase macam pulut sikit. Selesai makan, tiba la masa tido..aku, Zul, Zali tido bawah fly..Bad dgn Tasnim dalam khemah yg tanahnya senget 25 darjah. Untuk esok..target time..pukul 730 nak gerak naik puncak.

Hujan masih lagi renyai2..akhirnya kami semua dah bukak turbo masing2…tido nyenyak diulit kesejukan dan kedinginan hawa gunung…zzzzz…

13 Feb 2011

Mata aku terbukak bila cahaya matahari samar dlm mimpi aku..tengok jam…pukul 730…member lain masih lagi berbungkus dlm sleeping bag diiringi irama2 keras yg bermula dari perut terus ke hidung masing2. Aku jugak yg jadi tukang kejut diorg ni…

Lepas semua bangun, Tasnim siapkan teh o panas utk pemanas badan pagi ni. Zali dgn Zul turun ke anak sungai utk ambil bekalan air..kat sini lah last water point sebelum ke puncak.


Hotel 8 bintang..aircond tak bole off

     
Pukul 920, kami berlima pun bergerak menuju puncak. Trek ke puncak tak lah pacak sangat..kira sedap la jalan. View trek ke puncak ni subhanallah…cantik…dikelilingi pokok2 yg disalut dgn lumut2 hijau dan dilumut ni masih ada lagi titis2 air yg berjuntaian. Landskap trek yg umpama taman dalam rimba membuatkan aku tak terasa mengah utk mendaki. Sepanjang perjalanan ke puncak, kitoeg stop 2 kali utk ambil gambar..ye la bukan senang nak sampai sini..alang2 dah sampai, tekan je la shutter tu…bole gak kite tunjuk kat anak cucu nanti…kalau diorg dah besar nanti, belum tentu lagi landskap ni akan kekal macam ni…silap2 dah ada kasino lak kat puncak Yong Belar ni.

 

Lepas 1 jam trekking..kitorg akhirnya sampai ke puncak Gunung Yong Belar..puncak ketiga tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2181m dari aras laut. Kabus masih tebal masa kitorg sampai ni..lepas 15 minit, matahari mula memancarkan sinarnya dan dari kejauhan ternampak la puncak Korbu dan Gayong gagah berdiri.



Selamat sampai puncak

Kami dePuncak
                               
Tasnim dah pun memulakan tugasnya memasak maggi dan kopi o…nasib la ada Tasnim..nak harap Bad..mkn angin je la.

Makan time!!

Kitorg habiskan masa 1 jam dipuncak..Pukul 1135 terus turun ke Kem Kasut..kemas barang dan terus ke Blue Valley Dam dengan harapan dapat sampai ke dam sebelum gelap.

Pukul 1.30 kitorg semua bergerak meninggalkan Kem Kasut menuju ke check point Kem Tudung Periuk utk makan petang. Sampai Kem Tudung Periuk pukul 3.50 dan rehat sambil isi perut dgn nasi sejuk mlm tadi berlaukkan sardin cap ayam.

                                                                      
4.30 petang kitorg terus bergerak turun menuju ke Blue Valley Dam dan akhirnya kami sampai ke dam tepat pukul 730.

Kitorg semua selamat sampai di Masjid lama Kg Raja pukul 830 dan semua membersihkan diri setelah 2 hari tak mandi sebelum bertolak pulang ke KL.

Alhamdulilah..trip ini berjalan lancar walaupun tanpa persiapan yg rapi..Yong Belar kami tinggalkan dgn seribu satu kenangan…

Kenangan  di Puncak Yong Belar